Okay semua. Saya mengaku saya memang golongan mereka-mereka yang suka study last minute. Study last minute adalah sangat tidak digalakkan jika kita ni memang jenis tak boleh nak terima banyak sangat ilmu dalam satu masa. Kalau yang betul-betul yakin dan memang serasi dengan study last minutes ni silakan. Tanpa membebel panjang saya akan teruskan..
Mari saya kongsikan cara saya belajar last minutes..
Tips study last minutes saya, si dr. Pink
1- Dapatkan tidur yang lebih dari 5 jam.
Kalau tidur kurang boleh menyebabkan kita hilang focus. Selalunya kita akan rasa cepat
nak marah atau kata nama lainnya "grumpy" .
2- Focus
Kita paling susah nak focus dengan gangguan sekeliling kita. Handphone tu pastikan off ataupun
Silent okay? Bagi tumpuan 100% dengan topic yang kita baca. Kalau yang melibatkan pengiraan
Pun boleh guna tips ni. Buat nota kalau nak senang ingat.
3- Dengar lagu
Kalau dengar lagu sambil study ni bukan semua orang boleh buat tau. Jadi saya tak galakkan.
Biasanya dengar lagu ni masa ulangkaji atau buat latih tubi yang melibatkan pengiraan je yang
sesuai. Jangan baca buku sejarah pulak. Nanti lirik lagu pulak yang kita ingat...
4- cari waktu yang sesuai
Okay ni sangat penting. Kita manusia ada waktu-waktu yang sesuai untuk kita. Contohnya saya.
Waktu petang memang bukan waktu saya untuk study. Jadi saya akan tidur. Pada waktu midnight
pula saya akan berjaga. Selalunya saya akan mula study dari jam 3 hingga jam 5.30 pagi. Masa tu
memang sesuai sebab suasana sepi. Otak fresh. Tapi terpulang pada anda. Ikut waktu yang sesuai
Okay? .
5- Rajinkan diri
Saya faham kalau kita rasa malas sampai kadang-kadang rasa taknak buat apa-apa langsung. Saya
pun selalu alami. Sangatlah tidak digalakkan. Kalau boleh paksa diri tu. Mindset kena betul okay?
Think about your future. Nak bright ke dark? Renungkan.
6- Jangan panik
Penyakit panic attack ni memang selalu terjadi tanpa kita sedari. Berdasarkan pengalaman saya,
Saya pernah mengalami sesak nafas, menangis dan rasa serba tak kena. Akhirnya saya lupa
apa yang saya study. Keputusan exam saya masa tu? Faill. Based on yrue story tau. Jadi kita kena
Tenang masa Study okay?
7- Ibadah
Yang paling penting. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT okay? Solat jangan tinggal. Rajinkan
diri buat solat hajat. Ingat. Kita belajar bukan untuk dapat A. Kita belajar kerana Allah. Betulkan
niat kita. InshaAllah Allah permudahkan segalanya.
Okay semua? Jelas? Saya tak galakkan yang nak ambil exam besar-besar tu study last minutes macam ni ye. Saya sediakan tips ni untuk yang dh "terlanjur" lewat study. Semoga dapat memberi manfaat ye. Xoxodrpink