Sunday, 12 February 2017

Tips untuk selesaikan masalah nak "clash" bagi remaja

It's not to late untuk wish new year kan? Hehehe lama dah tak sentuh blog ni.. okay la. Let's talk about couple. Dalam bahasa melayu maksudnya berpasangan tapi dalam istilah melayu kita "dalam perhubungan cinta" dan gelaran ni biasanya diguna pakai oleh remaja. Based on pengalaman saya, susah betul nak putuskan hubungan dengan baik! Ni lumrah ke apa? Huhuhu mungkin memang takdir. Dah 6 bulan putus cinta baru boleh move on. Kenapa? Sebab kisah cinta yang berakhir tanpa "akhir kata". Dia pergi tanpa kata. Sedih wehh. Setahun lebih dah bersayang sayangan ni. Tapi takpa, mungkin dia bukan untuk aku. Based on cerita sedih saya ni, saya ada ambil pengajaran dan saya harap pembaca semua dapat selesaikan masalah dengan baik okay?

1- Berbincang
 Kalau dah asyik bergaduh tu, bincang la. Takkan hari- hari nak gaduh kan? Kalau memang satu pihak ni memendam je, mengalah je, suarakan pendapat ualls. Tak kisah la lelaki ke perempuan. Jangan stresskan hidup sendiri. Apa2 pun bincang. 

2- Jujur
Kalau betul dah tak ada perasaan, dah tak sayang, bagitau terus pasangan anda. Jangan tipu dia dengan pura-pura sayang. Biar lukakan dia sekali. Dia sakit sekejap daripada dia dapat tau yang selama ni dia ditipu. Lagi perit tau rasanya. Nak berguling semua ada.. Kalau dah curang ke apa, just tell them okay? 

3- Percaya
Okay, yang ni sangat penting. Kalau ada dengar perkara butuk pasal pasangan ualls, tanya dia dulu. Minta penjelasan. Kalau dah tak percaya dia, tanya bff dia. Jangan percaya orang lain walaupun darah daging korang sendiri. Especially adik beradik. Saya dah lalui yang adik bf saya sendiri yang fitnah saya macam-macam. So be careful. Takkan nak menyesal di kemudian hari Kan? Walau ada bukti pun, jangan percaya, zaman sekarang kan canggih macam2 boleh jadi. Unless kalau nampak dengan mata sendiri la okay? Ikut kata hati jugak..

4- Selesaikan baik-baik
Sebelum ualls couple 8/10 mesti kawan dulu kan? Ualls fikir macam ni je, kita takde jodoh, so kita kembali jadi kawan. Jangan putuskan sillaturahim sebab hal ni je. Yang ni paling susah. Tapi boys main peranan dalam hal ni okay? Jangan sebab cinta, hilang kawan baik. 

5- Minta maaf
Kalau rasa memang tak dapat diselamatkan, ualls minta maaf je la okay? Maaf ni berharga tau. Boleh selesaikan masalah. Walaupun ualls pernah tinggalkan pasangan ualls tiba-tiba and cari lain ke apa. Memang sakitkan hati dia, ualls patut minta maaf. Imagine kalau nak mati ke nak ambil exam ke nak nikah ke jadi sulit sebab diorang tak maafkan? Tak kesusah? Please, kurangkan ego. Jangan tambah dosa. Saya pasti mereka memang tunggu maaf dari ualls. Diorang bukan nak ualls balik, tapi diorang nak kedamaian. Trust me. 

6- Jangan libatkan ibu bapa
Kes cinta ualls kan, please la selesaikan sendiri. Trust me, kalau ibu bapa terlibat, makin rumit. Be professional, selesaikan sendiri either jumpa atau text or call.

7- Bagi penjelasan
Kalau memang terpaksa clash bersebab. Jelaskan. Jujur. Bagitau la nak study dulu ke, mak tak suka ke, saya tak rasa awak sesuai ke. Apa-apa je la. Asalkan JELASKAN. jangan tinggalkan pasangan tanpa kata-kata. Kalau sekat accounts memang takkan selesai.



MY OVARIES JUST EXPLODED OMG!

Masihkah kau ingat dengan satu 'tweet' tentang Prince Mateen yang paling win iaitu " MY OVARIES JUST EXPLODED" oleh seoran...